Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday : Sambal Neraka

Assalamualaikum w.b.t


p/s: sapa berani buat? hehehe..
Jom Baca Lagi..- Wordless Wednesday : Sambal Neraka

Thursday, May 15, 2014

Mengenalpasti Smartphone Lenovo Tiruan

Assalamualaikum w.b.t

Mengenalpasti Smartphone Lenovo Tiruan | Sekarang ni, pengguna smartphone kat Malaysia ni sudah ramai beralih kepada smartphone berjenama Lenovo.  Apa yang best sangat dengan Lenovo ni? Antaranya ialah, harganya sangat murah berbanding dengan smartphone yang yang jika dinilai berdasarkan teknologi yang ada pada smartphone lain.

Akan tetapi, sekarang ni berlaku terlalu banyak lambakan telefon berjenama Lenovo ini. Sampaikan ada sesetengahnya yang diimport secara haram yang selalunya diperkenalkan sebagai AP Set (Sila rujuk note di bawah mengenai AP Set) . Aku pun terbeli Lenovo ni jugak. hehehe.. Tapi, setelah aku membelek-belek mengenai info mengenai smartphone Lenovo ni, Aku terbuka gambarajah di bawah.



Aku hanya mengelengkan kepala bila tengok. Sebab nampaknya aku sudah terkena. Warranty tu memang ada tapi bab tulisan Cina tu memang betul. Jadi.. kesimpulannya, buatlah research dahulu mengenai sesebuah telefon sebelum membelinya. Oh, by the way aku membeli telefon ini di Terminal 1 Seremban yang sekarang ni tengah panas mengenai isu penipuan pelanggan.

(Note : AP set sebenarnya adalah Authorised Product dimana telefon jenis ini dijual oleh pengedar yang tidak rasmi atau tidak diiktiraf oleh pengeluar sesebuah jenama. Kualitinya boleh dikatakan hampir sama dengan set ORI. Cuma perbezaanya adalah dalam bentuk waranti dimana waranti AP set adalah dari pengimport dan ORI adalah dari jenama itu sendiri.)

Jom Baca Lagi..- Mengenalpasti Smartphone Lenovo Tiruan

Wednesday, April 16, 2014

Al Kisah Teh Burung Walit

Assalamualaikum w.b.t

Teh Burung Walit | Sebenarnya, aku memang tak pernah minum teh burung walit ni. Dengar pun tak pernah. Setakat nama rumah burung walit, aku tau la.. Tak sangka plak area tempat aku ni ada peniaga yang jual teh burung walit ni.. Mula-mula peniaga ni offer, aku macam... 

"errrr... sedap ke pakcik?"

Pakcik : "Confirm nak lagi punyela.. Pakcik berani potong kuku" (buat lawak pakcik ni. haha..)

Oklah.. Aku pun cuba minum teh burung walit ni tanpa bertanya mengenai harga. Secara zahir, memang nampak macam teh. Tapi rasa kopi pun ada. Nice jugak ni. Ni kalau ada biskut lutut lagi best. hehe..

Harga? Boleh tahan la. RM 5.00 woo.. Tapi nasib baik la kawan bermurah hati belanja gua. hehe..


Jadi, siapa-siapa yang ingat nak mencari kelainan teh, cubalah di Pasar Komoditi Dan Karavan (PAKAR) Paroi, Seremban. PAKAR ini, pada sebelah paginya adalah sebuah pasar tani dan pasar basah. Pada malamnya, ianya bertukar kepada medan selera dan juga ada mengadakan car boot sale



Lokasi Pasar Komoditi Dan Karavan (PAKAR) Paroi, Seremban:

Landmark : Jalan menghala ke Kuala Pilah dari Seremban, berhadapan dengan Petronas (sebelum menaiki Bukit Putus)


Sumber gambar : Mister Google
Jom Baca Lagi..- Al Kisah Teh Burung Walit

Monday, April 14, 2014

Review Filem 2014 : Oculus



Semenjak 10 April yang lepas, sebuah filem seram saspens, Oculus telah pun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Aku pun baru tahu sebenarnya. hehe.. 

Sinopsis Oculus

Dua orang adik beradik iaitu Kaylie dan juga Tim telah menempuhi pengalaman yang menakutkan semasa kecil bagaiman mereka menyaksikan sendiri ibu mereka dibunuh oleh bapa mereka yang penyayang dan seterusnya dibunuh oleh Tim secara tidak sengaja. Mereka adik beradik percaya sebuah cermin antik yang baru dibeli oleh bapa mereka mempengaruhi kehidupan serta menjadi punca tragedi keluarga mereka. Kaylie dan Tim kemudiannya dipisahkan, dimana Tim dihantar ke sebuah pusat pemulihan mental dan Kaylie di rumah anak yatim. 11 tahun kemudian, mereka bertemu semula dan ingin membersihkan nama baik bapa mereka membuktikan bahawa cermin itulah yang menjadi punca tragedi itu. 




Ulasan Mister Zarif

Sebenarnya cerita ini agak berat dan memerlukan fokus kerana ianya menselang selikan antara masa lalu dan masa sekarang. Tapi, memang berbaloi la perah otak tengok cerita ni. Takde satu scene pun yang membuatkan cerita ini meleret-leret macam cerita hantu yang lain. Sentiasa je nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

 Aku bagi 4 bintang dari 5, sebab berjaya membuatkan aku pejam mata dan saspen gila. haha..

Sekian

Jom Baca Lagi..- Review Filem 2014 : Oculus

Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday : Faham?

Jom Baca Lagi..- Wordless Wednesday : Faham?

Baca sini juga

Pinglah.my